Hajiji Dibenar Keluar Hospital, Pulih Daripada Covid-19

121615531_10214793794958262_8785114268605771193_n.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor disahkan telah pulih daripada Covid-19.

Beliau dibenarkan keluar dari Wad Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu, pagi tadi.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri akan berusaha sedaya upaya untuk membendung penularan wabak itu yang semakin membimbangkan di Sabah.

“Yang penting ialah rakyat mesti berdisiplin, bekerjasama dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan”, katanya.

Turut dibenarkan pulang ialah isteri beliau, Datin Seri Julia Salag.

 

Sebelum pulang ke rumahnya Hajiji turut mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Christina Rundi, Pengarah Hospital QEH 1, Dr. William Gotulis, Ketua Unit Penyakit Berjangkit, Dr. Lee Heng Gee, doktor-doktor pakar dan para jururawat yang telah merawatnya dan isteri.

Hajiji disahkan positif COVID-19, kata Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohamed Sunoh pada 9 Oktober lalu.

Sebelum ini Hajiji sukarela menjalani kuarantin kendiri beberapa hari yang lalu selepas salah seorang kakitangannya positif Covid-19.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top