Hajiji Di Brunei Bersama PM Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

Hajiji-di-Brunei.jpg
Kongsi Bersama

BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri mesyuarat pra majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menjelang menghadap Sultan Brunei di sini, hari ini.

Mesyuarat tersebut berlangsung di Empire Hotel di sini dengan dipengerusikan oleh Anwar.

Hajiji dan Premier Sarawak, Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Openg turut bersama dalam rombongan Perdana Menteri untuk lawatan rasmi dua hari ke negara tersebut.

Selepas menghadap Sultan Hassanal Bolkiah esok, Perdana Menteri, Hajiji dan Abang Jo akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Brunei Darussalam.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top