Hajiji Bertemu Anwar Di Putrajaya, Bincang Hal Pembangunan Sabah

hajiji-anwar.jpg

Hajiji bersama perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Gambar fail)

Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra Putrajaya pada Isnin.

Dalam kenyataan, pertemuan empat mata antara kedua-dua pemimpin itu adalah bagi membincangkan hal pembangunan di Sabah.

Mesyuarat selama lebih sejam itu adalah antara lawatan kerja ketua menteri ke ibu negara selama empat hari.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengetuai delegasi ke Mesyuarat Majlis Perundingan Pemimpin Kerajaan Perpaduan di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Selasa.

Pada Rabu pula, Hajiji akan mengiringi Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top