Hajiji Berbuka Puasa Bersama AJK 3 Peringkat BERSATU Tuaran

hajiji-iftar.jpg
Kongsi Bersama

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Jawatankuasa 3 Peringkat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tuaran di rumah kediamannya di Kampung Serusup, semalam.

Hajiji merupakan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah dan Ketua Bahagian BERSATU Tuaran.

Ahli Jawatankuasa (AJK) 3 Peringkat yang hadir terdiri daripada AJK BERSATU Bahagian, AJK Srikandi dan Armada BERSATU Bahagian.

Antara yang hadir ialah isteri Ketua Menteri, Datin Seri Hajah Julia Salag, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr. Haji Mohd.Arifin Mohd. Arif, Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Abdul Kassim Razali, Naib Ketua Bahagian, Datuk Johari Saiman, Ketua Armada Bahagian, Encik Mohammad Ghazali Haji Hajiji, Setiausaha Bahagian, Encik Afizal Aldin, Ketua Penerangan, Encik Jamlin Ladin dan Bendahari Bahagian, Haji And.Kanaan Haji Abd.Razak.

Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di daerah Tuaran turut hadir sama.

Terdahulu, Hajiji mempengerusikan Mesyuarat BERSATU Bahagian Tuaran di pejabat parti tu di Pekan Tuaran.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top