Hajiji Arah Pantau Pengedaran Bakul Makanan, Pastikan Cepat Sampai Kepada Golongan Memerlukan

hajiji.jpg

KOTA KINABALU: Ketua menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor memberi peringatan kepada pegawai di seluruh daerah yang lambat atau gagal memberikan bantuan makanan amat diperlukan kepada rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Beliau mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong memantau pengedaran itu bagi memastikan bakul makanan daripada kerajaan sampai kepada semua penerima yang ditetapkan dengan cepat.

“Saya akan dapatkan kemas kini (perkara ini) dari semasa ke semasa bagi memastikan matlamat itu tercapai,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas jawatankuasa keselamatan negeri hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi dan ketua agensi serta jabatan kerajaan lain.

Ia diadakan untuk membincangkan keadaan semasa Covid-19 di Sabah dan usaha berterusan membendung penularan wabak itu selain strategi, hala tuju dan cabaran dihadapi.

Hajiji berkata, sebanyak 22 lokaliti di negeri ini tertakluk bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Beliau berkata, walaupun ia tidak dapat dielakkan tetapi kerajaan negeri memahami ramai pihak dalam sektor perniagaan yang mengalami kerugian.

“Kami akan meneliti keadaan untuk melonggarkan perintah kawalan pergerakan supaya perniagaan dapat dibuka semula,” katanya. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top