Hajiji Alu-alukan Cadangan Tambah Hakim Mahkamah Tinggi Di Sabah, Sarawak

hajiji-5.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan cadangan kerajaan Persekutuan untuk menambah jawatan hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak serta menambah baik keadaan bangunan mahkamah di kedua-dua negeri itu.

Hajiji berkata, ia merupakan langkah yang baik bagi menangani kes mahkamah yang semakin meningkat di Negeri Di Bawah Bayu itu.

“Cadangan itu merupakan satu keputusan yang baik dan bijak bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memberi keutamaan kepada Sabah dan Sarawak untuk menangani peningkatan kes.

“Sudah tiba masanya pertimbangan diberikan untuk meneliti keperluan bangunan mahkamah di Sabah yang didapati berada dalam keadaan daif,” katanya dalam jawapan WhatsApp kepada Bernama.

Anwar pada Rabu berkata, kerajaan sedang meneliti keperluan untuk menambah jawatan hakim Mahkamah Tinggi bagi Sabah dan Sarawak berikutan peningkatan jumlah kes.

Katanya, mesyuarat Kabinet juga bersetuju supaya kerajaan melihat kedudukan bangunan mahkamah di Sabah dan Sarawak yang dikesan agak daif.

Presiden Pertubuhan Undang-Undang Sabah (SLS), Roger Chin juga mengalu-alukan langkah kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, beliau juga meminta kerajaan Persekutuan meneliti perkara lain berkaitan hakim, mahkamah dan undang-undang di Sabah iaitu pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman dan keperluan mengekalkan perwakilan Sabah dan Sarawak yang mencukupi di Mahkamah Rayuan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top