Hajiji Ajak Rakyat Sertai Pink Ribbon Virtual Charity Duathlon

hajiji.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengajak rakyat Sabah untuk bersama-sama menyertai program Pink Ribbon Virtual Charity Duathlon.

Katanya, program anjuran Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) dengan kerjasama JomRun itu akan diadakan bermula 31 Oktober sehingga penghujung tahun ini.

“Semalam saya telah mendapatkan pemeriksaan kesihatan rutin di HQE2.  Sempat saya beramah mesra dengan para petugas, pesakit serta pelawat di sana disamping mendengar harapan, permintaan serta cadangan mereka. InsyaaAllah akan saya telitikan.

“Saya juga sempat meninjau kawasan hospital dan turut sama memberi sokongan kepada Pink Ribbon Virtual Charity Duathlon anjuran HQE2 dengan kerjasama JomRun.

“Program ini akan diadakan bermula pada 31 Oktober 2021 sehingga 31 December 2021 dengan pendaftaran penyertaan bermula daripada hari ini sehingga 31 Disember 2021,” katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Hajiji berkata, program itu dijalankan bagi meningkatkan kesedaran, mendidik orang awam mengenai pengesanan awal kanser payudara dan membantu mengumpul dana untuk program jangkauan kanser payudara HQE2 yang juga merupakan Pusat Kanser Payudara Sabah.

“Saya mengajak rakyat Sabah untuk bersama-sama menyertai program ini bagi menyokong dan menjayakan usaha ini.

“Saya mendoakan kesembuhan segera kepada para pesakit dan turut mendoakan kita semua diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan bagi menggalas tanggungjawab terutamanya kepada para petugas barisan hadapan agar mereka sentiasa berdedikasi dan bersemangat menyempurnakan tugasan,” katanya.

Beliau turut berharap selepas Sabah mencapai imuniti kelompok, akan ada lebih banyak ruang untuk bertemu lebih dekat dengan rakyat Sabah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top