Haiwan ternakan, longkang busuk jadi kebimbangan penduduk Taman Tinosan

Sample4.jpg

Tindakan segelintir penduduk yang memelihara haiwan ternakan di kawasan belakang perumahan Taman Tinosan, Batu 4 di sini menimbulkan rasa kurang selesa kepada jiran berhampiran.

Selain itu, keadaan saluran longkang yang busuk dan pengaliran yang tidak lancar turut menjadi antara kebimbangan penduduk.

Berikutan itu, aduan berhubung dua perkara itu telah dikemukakan oleh penduduk kepada penyandang DUN Elopura, Calvin Chong Ket Kiun.

Beliau bersama pasukannya iaitu Pemaju Mukim Elopura, Stanley Tan dan Penyelia Pembangunan Masyarakat, Mook Ka Min serta Ketua Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal MPS, Mohd Anshari Kassim kemudian turun padang membuat tinjauan di Taman Tinosan.

Mereka mendapati saluran pembentungan tidak lancar kerana penyambungan haram banyak dilakukan oleh penduduk di kawasan perumahan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top