Hadiah terkumpul hampir RM150,000 menanti kaki pancing di Cabaran Memancing Mega Game anjuran Kolam Si Aunty

kolam-si-aunty.jpg

SIPITANG: Sejumlah hampir RM150,000 hadiah keseluruhan bakal menanti para pemenang Cabaran Memancing Mega Game Kolam Tasek Naga di bawah Pengurusan Kolam Si Aunty pada 27 April ini.

Pengusaha Kolam Si Aunty, Dionysia Ginsos berkata program yang menyaksikan 209 ranking utama dipertandingkan itu menawarkan hadiah terkumpul yang lumayan buat kedua kalinya dianjurkan oleh Kolam Si Aunty setakat ini.

Sebelum ini, katanya pengurusan Kolam Si Aunty pernah menganjurkan cabaran memancing dan sambutannya amat menggalakkan.

“Saya jangka lebih ramai pemancing akan menyertai pertandingan sukan memancing kali ini, sekali gus membantu mempromosi industri pelancongan di Sipitang dan menaikkan ekonomi sekitarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sasaran program adalah lebih 1500 penyertaan dan yuran dikenakan hanyalah RM150 bagi setiap satu joran.

Dionysia berkata sebarang pertanyaan tentang aspek pengurusan, boleh berhubung dengan Si Aunty di 0168226357.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top