NEW HAMPTON, IOWA: Krismas lepas menjadi tarikh yang paling istimewa dalam hidup Darla Carpenter, 61, apabila salah satu hadiah yang diterimanya bernilai AS$250,000 (RM1.12 juta).
Carpenter memberitahu pegawai Loteri Iowa bahawa suaminya memberikan sekeping tiket loteri Winter Winnings kepadanya sebagai hadiah Krismas.
Tanpa disangka tiket gores-menang itu kemudiannya didapati memenangi hadiah utama.
“Kami berdua langsung tidak tidur malam tadi. Saya masih rasa seperti tidak percaya, tetapi sekarang saya ada gambar dan ceknya – ia sungguh menakjubkan,” katanya selepas menerima hadiah kemenangan.
Carpenter berkata bahawa apa yang berlaku itu ibarat mimpi yang menjadi kenyataan.
“Mimpi memang boleh menjadi kenyataan, dan hanya perlukan satu tiket sahaja,” kata Carpenter. “Saya sentiasa percaya, mungkin suatu hari nanti itu akan berlaku pada saya.”
Dia juga berkata bahawa kemenangannya itu akan membolehkannya bersara dengan yang lebih selesa dalam beberapa tahun lagi.
“Ia memberikan saya lebih rasa selamat sekarang, kerana saya tahu saya ada sesuatu untuk dijadikan sandaran jika ada apa-apa berlaku,” tambahnya.