Hadi kekal presiden, 4 jawatan tertinggi PAS tak ditandingi

Haji-Hadi-tuan-ibrahim.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: PAS mengesahkan tiada pemilihan bagi lima jawatan tertinggi parti itu, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, pemilihan hanya bagi jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

“Presiden dan timbalan presiden hanya ada satu pencalonan iaitu kekalkan jawatan yang ada.

“Manakala, untuk jawatan naib presiden untuk tiga naib, menerima sebanyak 4 pencalonan. Menteri besar Kedah (Datuk Seri Sanusi Md Nor) dicalonkan naib presiden maka dia tarik diri. Maka tiada pertandingan, mengekalkan barisan naib presiden yang ada,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut.

Rabu lalu, Sanusi mengakui “dilamar” bertanding jawatan naib presiden PAS pada pemilihan parti bulan depan, namun menolaknya.

Ketua pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) itu menyifatkan dirinya masih “tidak layak” duduk di kerusi “top 5” kepimpinan PAS walaupun sebagai menteri besar.

Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mempertahankan jawatan masing-masing selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti bagi sesi 2021-2023 pada Muktamar Tahunan Ke-67 di Terengganu, November dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata PAS perlu memilih seramai 18 orang AJK PAS Pusat.

Katanya, ini termasuk 197 kawasan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kita telah terima pencalonan tersebut dan ‘finalise’ melalui satu jawatankuasa PAS Pusat tahun ini

“Tiga jawatan naib presiden PAS iaitu, Datuk Idris Ahmad, Datuk Nik Amar Abdullah, dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top