Guru Tuisyen Jadi Individu Pertama Dituduh Sebar Berita Palsu Di Bawah Ordinan Darurat

tukul-mahkamah.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Seorang guru tuisyen menjadi individu pertama yang dituduh di bawah Ordinan Darurat kerana menyebarkan berita palsu di laman media sosial dua bulan lalu.

Mohd Nazaruddin Yusoff, 50, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memuat naik sekeping gambar menunjukkan seorang anggota polis dilihat terbaring dengan kapsyen “Mati lagi…di Pontian, vaksin kedua” pada 21 April lalu melalui akaun Facebook “Mohd Nazaruddin Yusoff”.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian di Johor pada 11.50 pagi 21 April lalu.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-keduanya, dan jika kesalahan itu berterusan, denda selanjutnya tidak melebihi RM1,000 bagi setiap kesalahan selepas sabitan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dan menetapkan 7 Julai ini untuk sebutan semula kes. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top