Guru KAFA Terima Anugerah Mutiara al-Quran

mutiara-al-quran.jpg

Juliah (tiga kanan) menyampaikan Anugerah Mutiara Al-Quran kepada Siti Hatijah sempena Program Bicara Bonda.

Kongsi Bersama

TAWAU: Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), Siti Hajah Hatijah Haji Marsuki menerima Anugerah Mutiara al-Quran sempena Program Bicara Bonda, di sini semalam.

Isteri Ketua Menteri yang merupakan Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah- Barisan Nasional (MUTIARA GRS-BN), Datin Seri Hajah Juliah Salag menyampaikan anugerah itu kepada Siti Hatijah selepas merasmikan Program Bicara Bonda sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat negeri Sabah di Dewan Masyarakat Tawau di sini.

Siti Hatijah, 50, anak sulung daripada enam beradik dari Kampung Merotai Kecil, Tawau itu juga sebelum ini pernah mewakili negeri Sabah sebanyak 11 kali di Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan.

Terdahulu, Juliah merakamkan tahniah kepada penerima Anugerah Mutiara al-Quran dan berharap akan terus memberikan sumbangan dalam bidang keilmuan dan al- Quran di negeri ini.

“Saya berharap Program Bicara Bonda ini dapat menjadi wadah untuk menyemarakkan budaya keilmuan dan meningkatkan minat masyarakat terhadap aktiviti penghayatan nilai Islam sesuai dengan tuntutan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

“Semoga semua ilmu yang kita peroleh sepanjang bicara bonda ini boleh dikongsi bersama rakan-rakan lain yang tidak berpeluang menyertai majlis ini.

“Saya berharap majlis seumpama ini dapat menjadi landasan untuk mengeratkan nilai ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan umat Islam,” katanya, sambil menambah dua nilai ini menjadi asas terpenting perpaduan dan kekuatan ummah seperti mana yang diajarkan oleh Kitab suci al-Quran al-Karim.

Program ini adalah edisi kedua yang dianjurkan oleh MUTIARA GRS-BN dengan kerjasama Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan beberapa agensi yang lain.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top