Guru Didakwa Merogol Anak Tiri

tukul-mahkamah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang guru sekolah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol anak tirinya yang masih remaja.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berusia 51 tahun yang dihadapkan ke hadapan hakim Elsie Primus pada Jumaat.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa berusia 16 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kampung di Kota Marudu pada jam 2 petang, 15 Februari lalu.

Mahkamah menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes dan membebaskan tertuduh dengan jaminan RM15,000 dengan dua penjamin tempatan.

Hakim juga memerintahkan tertuduh melaporkan diri dua kali sebulan di balai polis Kota Marudu, dan tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan terutama mangsa dan pengadu dalam kes ini.

Selain itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak dibenarkan masuk ke kampung tempat tinggal mangsa.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki yang disabitkan dua kali menggunakan syabu, dipenjara lima tahun dan diperintahkan untuk disebat sekali oleh mahkamah sama di sini kerana melakukan kesalahan itu buat kali ketiga.

Mohd Happy Kasehan, 24, mengaku melakukan kesalahan itu dan dia ditahan di balai polis Kota Belud pada 22 Januari lalu selepas sampel air kencingnya didapati positif penyalahgunaan dadah.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Happy diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.

 

Berita asal: The Borneo Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top