Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal di rumah usang

rumah-guru.jpg

Antara gambar keadaan rumah guru di pedalaman yang diterima Aliakbar.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Rumah guru di kawasan pedalaman yang usang bukan saja menyentuh hati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Dr Aliakbar Gulasan tetapi sekali gus menarik perhatian beliau untuk menyuarakan perkara itu dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kali ini.

Sinar Harian semalam memetik Aliakbar sebagai berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.

“Secara spesifikِnya daripada guru-guru di Meligan.ِ Saya faham ini adalah tanggungjawab kerajaan Pusat.ِ Bagaimanapun, saya ingin menyampaikan hasrat mereka.

“Antaranya, rumah guru yang sangat usang.ِ Gambar yang dihantar kepada saya memang sangat menyentuh hati.ِ Melihat keadaan ini saya boleh bayangkan bagaimana keadaan kualiti hidup pendidik di luar bandar.

“Ditambah pula, sebahagian keadaan jalan yang sangat teruk,ِ sebahagiannya talian telekomunikasi juga dalam keadaan tidak baik,” katanya dalam ucapan dasar kerajaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Selasa.

Sehubungan itu, Aliakbar berkata, beliau ingin menarik perhatian DUN Sabah dengan mencadangkan beberapa perkara untuk membantu golongan pendidik tersebut.

“Guru-guru ini sedang berkorban untuk melahirkan generasi berilmu. Jadi saya ingin mencadangkan beberapa perkara iaitu membaiki rumah yang usang untuk guru.

“Kedua, memberikan elaun tambahan kerana kenderaan mereka selalu rosak bukan sahaja untuk masuk mengajar tetapi juga membawa pelajar untuk sukanِ atau apa-apa aktiviti luar,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top