Guru Berpolitik Jangan Sampai Abai Tugas

alamin.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengingatkan semua guru agar tidak melanggar syarat kelonggaran yang membolehkan mereka berpolitik walaupun tiada garis panduan khusus dikeluarkan setakat ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin berkata pihaknya rasa gembira dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kelonggaran terbabit, baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan golongan guru juga tidak melanggar syarat di samping mengingatkan mereka tetap tertakluk dengan peraturan jabatan dan kementerian.

“Tidak ada garis panduan tetapi semua guru tahu syarat (peraturan semasa jabatan dan kementerian mengenai larangan berpolitik) sebelum ini yang memang kita pernah kuatkuasakan.

“Namun saya juga bimbang sekiranya golongan guru ini melanggar syarat iaitu lebih banyak berpolitik daripada bertugas dan ini juga menjadi kebimbangan kita di kementerian.

“Jadi saya mengingatkan kepada guru semua walaupun berpolitik, jangan lupa tugas hakiki sebagai seorang guru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi lawatannya ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya sempena Lawatan Tindak Susul Parlimen di Negeri Sabah di sini, pada Isnin.

Turut hadir, Pengarah IPG Gaya, Dr Gerturudee Jock.

Foto: FB Datuk Mohamad Alamin

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top