Guna dokumen palsu buat tuntutan, 3 ditahan SPRM

SPRM.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

LABUAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk dua pegawai beruniform kerana disyaki menggunakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu bagi tujuan tuntutan tugasan rondaan berjumlah lebih RM100,000.

Ketiga-tiga suspek termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 30 tahun itu dipercayai ditahan kira-kira jam 2.30 petang semalam di pejabat SPRM Labuan.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang bertugas di Labuan dan Tawau dipercayai melakukan perbuatan itu pada 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Menurut beliau ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Labuan pagi ini bagi tujuan permohonan reman.

Berita asal: HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top