GRS Wadah Sesuai Perjuang Hak, Kepentingan Sabah Di Dewan Rakyat – Ronald Kiandee

Kiandee.jpg

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (tengah) bersama sebahagian ahli parti di Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Beluran.

Kongsi Bersama

BELURAN: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merupakan wadah paling sesuai bagi memperjuangkan hak dan kepentingan Sabah di Dewan Rakyat, kata Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Katanya, GRS merupakan satu gabungan parti yang mempunyai arah tuju ditentukan melalui parti komponen dalam GRS.

“Berbeza semasa sebelum bergabung (GRS). Kali ini asas, dasar dan pendekatan GRS itu merupakan pendekatan yang terasnya adalah daripada pemimpin-pemimpin Sabah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Beluran, di sini, pada Ahad.

Ronald, yang dijangka mempertahankan kerusi Parlimen Beluran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, diminta memberi pendapat mengenai kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, semalam mengenai keperluan ahli Parlimen dari Sabah supaya bersatu suara dan mempunyai hala tuju yang sama dalam melindungi hak, kepentingan dan kedaulatan negeri di Dewan Rakyat akan datang.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan itu memberitahu kerjasama antara GRS dan Barisan Nasional (BN) pada PRU15 nanti akan memberi peluang yang lebih baik dan cerah kepada GRS untuk mempertahankan kerusi Parlimen Beluran.

“GRS melalui Bersatu kini pada tahap paling siap siaga untuk berhadapan dengan PRU15 dan saya gembira dengan tahap kerjasama antara parti komponen GRS di Beluran,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top