GRS-UMNO/BN Bersetuju Untuk Bekerjasama di Sabah

hajiji-ahli-baru.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada dasarnya bersetuju untuk bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum yang akan datang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Pengerusi GRS itu berkata, beliau telah bercakap dengan UMNO Sabah mengenai perkara ini dan disambut dengan respon positif.

“Kita semua (GRS dan BN) bersetuju pada dasarnya kita mesti bekerjasama (pada Pilihan Raya Umum akan datang). Sekarang kita hanya perlu bincang tentang pembahagian kerusi,” kata Hajiji yang juga Ketua BERSATU Sabah pada majlis makan malam bersama kepimpinan BERSATU Tawau dan Kalabakan di Hotel Emas, di sini, hari ini.

Hajiji yakin GRS-BN akan terus mengutamakan kesejahteraan dan pembangunan rakyat dan negeri.

Hajiji juga menasihatkan ahli-ahli parti agar bersikap realistik kerana Sabah hanya mempunyai 25 kerusi Parlimen dan “kita perlu mengagihkan sama rata.”

Terdahulu, beliau menerima 1,150 permohonan keahlian daripada bekas ahli parti pembangkang termasuk 1,000 daripada Parti Warisan Sabah.

“Mereka telah membuat keputusan yang tepat kerana BERSATU Sabah adalah parti yang memperjuangkan semua rakyat di Sabah,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua BERSATU Tawau, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Ketua BERSATU Kalabakan, Karim Wahid serta ahli-ahli jawatankuasa Srikandi dan Armada kedua-dua bahagian.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top