GRS Tolak Ekstremisme dan Penyalahgunaan Agama

Dr-Jeffrey-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengekalkan pendirian akan sentiasa menolak ekstremisme keagamaan (religious extremism) dalam apa jua bentuk dan manifestasinya.

Timbalan Pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata kerajaan Sabah akan sentiasa mempertahankan keharmonian keagamaan di negeri ini dengan apa cara sekali pun daripada segala bentuk cubaan untuk menghancurkannya, sama ada secara langsung atau tidak.

Katanya rakyat Sabah amat sayangkan keamanan dan sentiasa hidup secara harmoni dan bersatu padu walaupun mereka mempunyai bangsa dan agama yang berbeza.

“Ini merupakan perpaduan dalam kepelbagaian yang begitu tinggi sekali dan amat unik tentang Sabah dan rakyatnya.

“Kerajaan negeri Sabah dan rakyat Sabah berdiri kukuh dan bersepadu dalam usaha untuk tidak membenarkan ektremisme keagamaan dalam apa jua bentuk dan manifestasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dr Jeffrey, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, menyeru agar rakyat Sabah terus menolak sebarang cubaan daripada sesiapa sahaja, sama ada secara individu mahupun berkumpulan, yang cuba menyalahgunakan agama demi kepentingan mereka.

Beliau juga berkata kerajaan GRS menghormati hak kebebasan agama di Sabah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top