GRS Tidak Akan Ulangi Kesilapan Warisan Plus – SAPP

dagul3.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) mempertahankan keputusan pentadbiran DSP Hajiji Noor menggantikan 2,800 ketua kampung di Sabah, dan bertegas mengatakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan mengambil masa lama untuk menyelesaikan peralihan itu.

Timbalan Presiden Edward Dagul (gambar) menjelaskan penyelarasan pemimpin akar umbi dengan pemerintah negeri ini akan memastikan dasar dalam dilaksanakan dengan cekap.

“Kami yakin keseluruhan proses pelantikan ketua kampung akan diselesai kurang dari 6 bulan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Edward menjawab kenyataan Adun Kapayan, Jannie Lasimbang dari DAP, yang mempersoalkan penggantian ketua kampung, berkata GRS tidak akan mengulangi kesilapan Warisan Plus sebelum ini.

“Adakah saya perlu mengingatkan Lasimbang bahawa ia adalah Kementerian Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah yang memberhentikan 2,800 ketua kampung pada Mei 2018.

  “Untuk memburukkan lagi keadaan serta menambah lebih banyak penderitaan dan masalah, proses penggantian ditangguhkan lebih lama lagi daripada 6 bulan, ini melumpuhkan keseluruhan sistem,” katanya.

Lasimbang dalam kenyataan pada Jumaat menyifatkan penggantian ketua kampung itu suatu bentuk campurtangan dan mengatakan sebarang penggantian harus secara berperingkat, melalui pemillihan di peringkat pihak berkuasa tempatan dan dipengerusikan pegawai daerah atau yang dipertua majlis bandaran, dengan telus.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top