GRS pilihan terbaik untuk rakyat Sabah dalam PRN akan datang – Ongkili

PBS.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yakin kerajaan GRS adalah pilihan terbaik untuk rakyat Sabah, terutama dalam pilihan raya negeri akan datang (PRN).

Beliau berkata selepas pilihan raya yang lepas, rakyat telah melihat perkembangan politik Sabah yang sangat aktif.

Ongkili berkata antaranya ialah drama yang dibintangi pemimpin UMNO, keputusan beberapa pemimpin untuk meninggalkan bahtera Warisan, dan juga penubuhan parti tempatan Parti Gagasan Rakyat Sabah, selari dengan permintaan rakyat Sabah untuk menjadikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai satu gabungan semua parti tempatan.

“My take on all these is that apa pun yang berlaku, it is at the advantage of GRS.

“GRS semakin kukuh dan saya percaya, ini adalah gabungan yang terbaik untuk memerintah negeri Sabah yang kita cintai ini,” katanya.

Ongkili berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Makan Malam Ulang Tahun PBS ke-39 di Dewan Hakka, di sini malam tadi.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.

Turut hadir Penasihat Perdana PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Ongkili berkata walaupun PBS kini hanya mempunyai tujuh (7) kerusi DUN dan satu (1) kerusi Parlimen, namun pencapaian itu boleh diperbaiki jika semua pihak bekerja keras dari sekarang.

“Cabaran besar kita ialah untuk memastikan PBS kekal relevan. Banyak parti-parti baharu timbul seperti cendawan selepas hujan, apalagi bila musim pilihanraya tiba.

“Mereka timbul untuk mencuba nasib, dan ada sebahagian yang ditubuhkan untuk mengacau undi. Parti-parti lalat seperti ini tidak seharusnya diberikan peluang untuk memperjudikan sokongan rakyat,” katanya.

Ongkili berkata PBS bukan parti lalat sebaliknya parti itu telah bertapak di Sabah selama 39 tahun.

“Kita telah mengharungi onak politik selama hampir empat dekad. We are a mature political party, dan dengan pengalaman tersebut, berbekalkan kepimpinan dan ahli-ahli yang cekal, tahan lasak, berwawasan dan berintegriti, kita seharusnya mampu melakar masa depan Parti Bersatu Sabah.

“Our way forward is to perkasakan lagi parti keramat kita ini dan juga golongan pemimpin muda PBS yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan atasan,” katanya. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top