GRS Perlu Satukan Semua Parti Tempatan – LDP

Jimmy-Lai.jpg

Jimmy

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu menyatukan semua parti tempatan seterusnya membentuk satu kesatuan politik yang kukuh

Ketua Pergerakan Pemuda Pusat Parti Liberal Demokratik (LDP) Jimmy Lai berkata, GRS perlu memacu dan menjemput semua pemimpin parti tempatan Sabah termasuk pembangkang yang memperjuangkan hak serta keistimewaan Sabah agar berbincang bagi membentuk satu gabungan yang kuat.

Katanya, kemenangan mutlak Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri baru-baru ini adalah bukti bahawa kepimpinan parti politik tempatan adalah kuat dan mampu melindungi hak keistimewaan negeri.

“Semua pemimpin parti tempatan harus mengetepikan perbezaan masing-masing dan melihat kepada masa depan dalam kerangka yang lebih besar.

“Kita semua harus bersatu, merancang dan membentuk gabungan besar pakatan parti tempatan Sabah seterusnya mengadakan kerjasama dengan GPS,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, Malaysia Timur tidak dinafikan akan bangkit sebagai sebuah kuasa politik yang kuat dan boleh mengubah landskap politik negara.

Oleh itu, Jimmy berharap kerajaan GRS akan memacu pembentukan ini dengan menjemput semua pemimpin Sabah ke dalam gabungan berkenaan

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top