GRS Perlu Mulakan Langkah Drastik Demi Negeri, Rakyat Sabah – Hendrus

Hendrus.jpg

Hendrus (empat dari kiri) semasa dalam lawatan dan perasmian Mesyuarat Akhir Tahunan PBS di Kg.Sonsogon Magandai, Kota Marudu.

Kongsi Bersama

KOTA MARUDU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu dijadikan sebuah gabungan politik yang berdaftar secara rasmi sebagai landasan memperkukuhkan kesatuan politik tempatan demi masa depan rakyat Sabah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Tandek, Hendrus Anding.

“GRS perlu ditonjolkan untuk menyahut dan memenuhi keinginan rakyat Sabah seperti Sarawak yang ternyata selangkah ke hadapan dalam mendepani kepentingan dan masa depan mereka.

“GRS perlu memulakan langkah drastik agar kita tidak mahu ketinggalan dalam aspek pembangunan dan penguasaan wilayah yang terhormat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Akhir Tahunan (AGM) Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sonsogon Magandai di Kampung Sonsogon Magandai, di sini kelmarin.

Terdahulu, Hendrus yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan meminta ketua-ketua cawangan untuk terus giat menambah dan menarik ahli-ahli baharu sebagai simbol kekuatan parti di pringkat akar umbi.

Beliau berkata, PBS merupakan parti tempatan yang paling lama dan konsisten di Sabah (37 tahun) dalam memperjuangkan aspirasi rakyat serta terbukti menjiwai semangat setiakawan dalam sesuatu gabungan politik.

“Integriti PBS seperti ini disedari dan diminati semua pihak dalam kerajaan GRS dan Perikatan Nasional (PN).

Hendrus juga menjelaskan bahawa pihaknya telah mengambil maklum dan berusaha keras menyelesaikan keperluan-keperluan mendesak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)Tandek seperti projek-projek asas melalui peruntukan ADUN, Kementerian Kewangan Sabah dan Persekutuan.

Dalam pada itu, beliau juga telah menjelaskan mengenai cadangan ‘carbon credit’ (NCA) yang diputarbelit pihak pembangkang.

Mengulas lanjut, NCA tidak melibatkan penjualan tanah, merosak alam sekitar atau merugikan rakyat, sebaliknya membawa keuntungan yang boleh dikembalikan kepada rakyat kelak,” ujarnya. – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top