GRS, GPS Setuju Kerjasama Sebagai 1 Blok, Abang Jo Jurucakap

hajiji-n-abang-jo.jpg

Hajiji bersama Abang Jo (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah bersetuju untuk bekerjasama sebagai satu blok dalam menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan, lapor FMT yang memetik sumber.

Menurut laporan itu lagi, sumber itu juga berkata, GRS telah menyerahkan sepenuhnya kepada GPS untuk memutuskan keputusan blok itu, dengan gabungan Sabah untuk mengikut sebarang keputusan rakan sejawatannya di Sarawak.

“(Pengerusi GPS) Tan Sri Abang Johari Openg ialah jurucakap blok itu,” kata sumber itu.

Difahamkan, keputusan GRS untuk bekerjasama sebagai satu blok dengan GPS telah menimbulkan rasa kurang senang dalam PN.

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Haji Noor turut memimpin Bersatu Sabah.

Pada Sabtu, Abang Johari berkata, GPS akan membentuk kerajaan persekutuan bersama PN, Barisan Nasional (BN) dan GRS.

Dua hari kemudian, Hajiji mengulangi bahawa GRS menyokong Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, BN memutuskan untuk tidak menyokong PH atau PN untuk membentuk kerajaan, dengan berkata mereka akan kekal sebagai pembangkang.

Abang Johari kemudiannya berkata, GPS menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa perdana menteri selepas ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top