GRS-BN Sudah Bersedia Hadapi PRU – Hajiji

hajiji-1.jpg

Hajiji pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat Batu Sapi.

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi GRS dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah turut yakin dengan kerjasama dan perpaduan utuh dalam GRS-BN, calon yang dipilih bertanding akan memenangi kerusi parlimen Batu Sapi.

“Amat penting kita bersatu padu bersama-sama menghadapi PRU. Jangan kita terus bertelaga dan berpecah diantara satu sama yang lain”, tegasnya.

Menurutnya, Kerajaan GRS-BN akan melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negeri Sabah, agar negeri ini tidak tertinggal dalam aspek pembangunan.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Iftar Rakyat Bersama Masyarakat Batu Sapi yang diadakan di perkarangan Masjid Wasatiyyah, Jalan Batu Sapi, di sini pada Sabtu.

Hajiji turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di majlis anjuran parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Batu Sapi itu

Turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Samad Jamri, Ahli Parlimen Libaran, Datuk Haji Zakaria Mohd.Edris, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Mokran Ingkat, Setiausaha BERSATU Sabah, Datuk Mohamed Razali Razi, Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar, Ketua-ketua Jabatan dan pemimpin parti-parti komponen GRS, BN dan NGOs. – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top