GRS-BN Cerminan Gabungan Yang Kuat Dan Mantap – Robert

robert-tawik-1.jpg

Robert

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Robert Tawik menyambut baik kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang menyatakan kerajaan negeri pimpinannya dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN).

Jelas Robert tindakan tersebut jelas mencerminkan kerajaan negeri yang diterajui GRS-BN adalah satu pasukan gabungan yang kuat dan mantap, yang komited ke arah merealisasikan hala tuju ‘Sabah Maju Jaya’.

“Keputusan Hajiji menggunakan GRS-BN adalah amat tepat, dan saya menyokong penuh tindakan ini sepertimana yang dicadangkan oleh Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.

“Apa yang dilakukan ini jelas mencerminkan kerajaan negeri bukan sahaja sepakat, tetapi juga menggambarkan gabungan yang kuat dan mantap demi satu matlamat iaitu bagi merealisasikan hala tuju ‘Sabah Maju Jaya’.

“Sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas, parti-parti yang dikenali GRS sudah menjalani kesepakatan dan bekerjasama untuk membentuk kerajaan bersama sekiranya memenanginya.

“Dengan kemenangan itu maka tertubuhlah kerajaan baharu yang dikenali sebagai GRS yang mana BN juga berada dalam gabungan ini, ” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Robert yang juga ADUN Bingkor turut memuji tindakan Bung kerana mencadangkan perkara itu kepada pimpinan bagi mengelak daripada timbul sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan kestabilan.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Bung kerana mencadangkan kerajaan Sabah dikenali sebagai kerajaan GRS-BN. Begitu juga kepada Hajiji yang berjiwa besar untuk memperakukan kerajaan Sabah sebagai kerajaan GRS-BN, ” katanya.

Justeru Robert menyeru kepada seluruh pemimpin dalam GRS-BN supaya terus saling bekerjasama, kukuhkan lagi kesatuan bagi menyantuni seluruh lapisan rakyat di negeri ini demi pembangunan Sabah amnya.

“Maka itu, saya merayu kepada semua pemimpin-pemimpin parti dalam GRS-BN agar bergerak bersama, bersatu untuk menyantuni rakyat di negeri ini. Memandangkan kita sudah mempunyai ikatan yang kukuh, marilah bersama-sama bekerja dalam satu pasukan demi rakyat Sabah, ” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top