GRS Beri Keutamaan Bekerjasama Dengan BN Pada PRU-15, Tetapi Bersedia Hadapi Kemungkinan Lain – Dr Jeffrey

jeffrey.jpg

Dr Jeffrey

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah akan memberi keutamaan pada kemungkinan bekerjasama dengan sekutu semasanya, Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-15 tetapi tetap bersedia untuk bertanding secara bebas, kata Datuk Seri Jeffrey Kitingan.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku yang salah seorang daripada empat timbalan pengerusi GRS itu berkata walaupun gabungan itu berminat untuk mengelak pertindihan dengan BN, ia akan tetap bersedia menghadapi kemungkinan jika terdapat jalan buntu..

“Kami mempunyai banyak pilihan. Jika salah pilihan itu tidak berjaya, kami akan pergi kepada pilihan lain.

“Kita juga perlu melihat apa yang berlaku di semenanjung Malaysia. Politik parti di sana tidak stabil sekarang dan ia mungkin menjadikan pertandingan terbuka untuk semua (free for all). Jika ia terjadi di sana, kami di Sabah juga akan berbuat demikian,” katanya selepas majlis menyaksikan kemasukan kira-kira 1,000 ahli baharu ke dalam partinya di daerah Papar.

Kitingan diminta mengulas mengenai rundingan kerusi kerana Umno Sabah sebelum ini berkata ia menyasarkan 14 daripada 25 kerusi parlimen Sabah, yang akan meninggalkan hanya 11 untuk dibahagikan antara sekutunya termasuk GRS yang disertai oleh lima parti.

Umno Sabah kini mempunyai dua kerusi selepas lima Ahli Parlimennya berpaling tadah untuk membentuk Bersatu selepas kalah dalam pilihan raya umum 2018.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top