GRS Beri Jaminan Kerajaan Sabah Terus Utuh

hajiji-2.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama dalam Kerajaan Negeri dan mendokong mandat yang diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri ke-16, pada bulan September lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi GRS berkata, beliau telah berkomunikasi dengan semua pemimpin parti komponen GRS berkaitan perkembangan politik terkini di Kuala Lumpur.

“Kami sependapat dan sebulat suara bersetuju bahawa kerjasama dalam kerajaan negeri yang memerintah hari ini akan berterusan.

“Kami akan terus mendokong mandat yang diberikan kepada kami dalam pilihan raya negeri yang lalu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ketua Menteri berkata semua pemimpin GRS juga sepakat untuk mengambil apa jua langkah yang perlu untuk memantapkan dan memperkuatkan lagi kerajaan GRS.

“Saya berdoa agar kemelut politik di Kuala Lumpur dapat diselesaikan dengan segera secara baik dan saksama agar kita dapat menumpukan perhatian dalam usaha menangani ancaman pandemik Covid-19, pemulihan ekonomi dan kestabilan politik,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top