GRS Bentuk Jawatankuasa Khas Semak Peningkatan Drastik Pengundi di Sabah

hajiji.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan membentuk jawatankuasa khas di semua daerah bagi menyemak dakwaan peningkatan drastik bilangan pemilih di negeri itu, kata pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Hajiji berkata jawatankuasa itu yang terdiri daripada jentera parti akan mengenal pasti pemilih yang berdaftar di kawasan masing-masing.

“Mereka (jentera parti) tahu siapa pengundi di kawasan mereka, sama ada mereka penduduk atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan minyak masak jenama “Sayang” keluaran Sawit Kinabalu Sdn Bhd di sini semalam.

Sebelum ini dilaporkan berlaku peningkatan drastik dalam bilangan pemilih di Sabah iaitu daripada 1,064,686 orang pada 2018 semasa PRU14 kepada 1,638,806 orang bagi PRU15 akan datang. — Bernama

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top