GRS Anjur Jelajah Program GRS Bersama Rakyat Mulai Ogos

grs.jpg

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan jelajah Program GRS Bersama Rakyat di setiap kawasan parlimen negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

“Roadshow itu akan diadakan bermula Ogos ini,” kata Hajiji yang juga Pengerusi GRS selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS di Ibu Pejabat GRS, Alamesra, di sini hari ini.

Katanya, mesyuarat GRS hari ini juga membincang mengenai persiapan Pilihan Raya Parlimen yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

“Kita perlu mengadakan persiapan lebih awal agar jentera pilihan raya GRS bersiap siaga menghadapi pilihanraya umum akan datang”, tegasnya.

Hajiji berkata, mesyuarat kali ini tidak membincangkan tentang permohonan parti-parti politik yang berminat menyertai GRS.

“Setakat ini belum ada sebarang keputusan mengenai penerimaan lain-lain parti ke dalam GRS. Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang,” tambahnya.

Turut hadir tiga Timbalan Pengerusi GRS iaitu Datuk Seri Dr. Maximus J. Ongkili, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Yong Teck Lee, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun, Ketua Penerangan, Datuk Joniston Bangkuai, Bendahari, Ardino Diris dan Ahli- ahli Majlis Tertinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top