GRS Akan Umum Calon Tunggal – Jeffrey

jeff.jpg
Kongsi Bersama

TAMBUNAN: Presiden STAR memaklumkan calon tunggal yang mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan diumumkan selewat-lewatnya 24 September ini seusai perbincangan dalaman bagi memastikan hanya seorang calon mewakili gabungan itu, susulan pertembungan antara sekutu di beberapa kawasan.

Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengakui sudah terlambat untuk mana-mana calon menarik diri, tetapi suatu strategi khusus akan dipakai, iaitu calon parti sekutu akan menyokong calon tunggal GRS yang dipersetujui nanti.

“Kita tidak boleh berundur sudah sebab 48 jam sudah berlalu tetapi kita akan mengumumkan untuk bantu 1 calon sahaja,” katanya kepada pemberita di Tambunan semalam.

“Umpamanya, saya di Tambunan, PBS perlu sama-sama dalam kempen memberi tahu kepada pengundi kita hanya ada 1 calon dan kita menyokong.”

Jeffrey berkata pengumuman berkenaan hal itu akan diumumkan seawalnya hari ini atau selewatnya 24 Sept.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top