GRS Akan Dilancar Secara Rasmi Pada 28 Mei

CM-GRS.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Majlis pelancaran rasmi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang sepatutnya diadakan hari ini ditangguhkan ke Sabtu ini (28 Mei).
Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi GRS, tarikh pelancaran itu telah diubah kerana “kami mencari masa yang paling sesuai untuk mengadakannya (pelancaran).

“Itu sahaja sebabnya,” katanya apabila ditanya mengenai perkara itu ketika ditemui selepas beliau menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Sawit Kinabalu yang diadakan di Magellan Sutera di sini semalam.

GRS terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan ahli terbaru Sabah United National Organisation (USNO).

GRS akan dilancarkan secara rasmi Sabtu ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini dan majlis akan bermula pada pukul 10 pagi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top