GRS Adil Terhadap Setiap Lapisan Rakyat – Wetrom

watrom.jpg
Kongsi Bersama

KOTA MARUDU: Kerajaan negeri memberikan jaminan akan sentiasa bersikap adil dan saksama dalam usaha menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Wetrom Bahada berkata, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sentiasa adil dan saksama terhadap setiap lapisan masyarakat tidak kira minoriti atau majoriti.

“Tidak ada satu kaum pun termasuk golongan minoriti, diabaikan dalam usaha kerajaan GRS kerana kita sentiasa mahu memastikan nasib rakyat sentiasa dibela.

“Pendekatan ini adalah selari dengan prinsip kerajaan GRS yang mengekalkan tradisi membela nasib rakyat terutama di kawasan luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam selepas mengadakan lawatan ke beberapa buah kampung di Kota Marudu baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau juga turut menggesa semua pemimpin masyarakat agar turun padang dan menyelesaikan pelbagai masalah rakyat di peringkat akar umbi.

Katanya, pemimpin masyarakat di peringkat kampung khususnya perlu sentiasa mendampingi rakyat dengan bijak.

“Pastinya kepekaan, kebijaksanaan, keprihatinan dan kerja keras menjadi tunggak kejayaan sesebuah pentadbiran khususnya dari peringkat kampung,” katanya.

Dalam lawatan kerja berkenaan, Wetrom turut melawat ke jalan pertanian di Kg. Rugading dan Kg. Luba Pelumbang serta meninjau paip graviti di Kg. Taritipan melawat jalan kontrit, paip graviti serta jeti nelayan.- Utusan Borneo


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top