Golongan Pendidik Wajar Mainkan Peranan Sebagai Duta Kepada Pelajar

masiung.jpg

Willy menyampaikan sumbangan Datuk Masiung kepada Guru Besar SK. Pinangah, Hajah Kamiah Sabin sambil disaksikan oleh Ketua Penolong Kanan sekolah, Turik Humility (kiri)

Kongsi Bersama

KUNDASANG: Golongan pendidik wajar memainkan peranan sebagai duta kepada pelajar terutama melibatkan murid sekolah rendah dalam program imunasasi Covid-19.

Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, walaupun tiada undang-undang mewajibkan remaja dan anak-anak mengambil vaksin, namun peranan guru dan ibubapa untuk mengekang penularan Covid-19 perlu diperaktikkan.

“Harus diingat, ketika pandemik Covid-19 menghantui dunia, imuniti berkelompok dilihat sebagai penyelamat pencegah virus maut itu,” katanya merasmikan majlis Lambaian Kasih Kunjungan Budi SK. Penangah kelmarin.

Ucapan beliau disampaikan oleh, Pegawai Perhubungannya, Willy Frous Darinsok pada majlis makan malam tahunan yang diadakan di Celyn Resort, Kundasang.

Masiung menggesa guru-guru supaya menjadi idola kepada pelajar sambil memberi motivasi kepada ibubapa agar membantu menjayakan program imunisasi kepada murid-murid di peringkat sekolah rendah.

Katanya, jika setiap sekolah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sudah tentu usaha kerajaan menangani Covid-19 dapat direaliasasikan.

Majlis itu turut meraikan perpisahan tiga orang guru sekolah itu yang berpindah tugas di sekolah lain.

Guru Levender Gomes yang bertugas di sekolah itu selama 14 tahun akan berpindah di Sekolah Jenis Kebangsaan Che Hwa, Kolombong.

Manakala Vivie Giana dan Amran Kail masing-masing akan berpindah di SK. Pekan Pitas dan SK. Kebagu, Menggatal. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top