GLC Perlu Labur Dalam Pelbagai Aktiviti Ekonomi, Kata Salleh

SSK.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Syarikat besar seperti syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu memainkan peranan dengan melabur dalam pelbagai aktiviti ekonomi, kata bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak.

Menurut beliau, antara sebab GLC perlu memainkan peranan itu adalah kerana keterbatasan kewangan sektor awam untuk terus membuat perbelanjaan yang tinggi dalam jangka masa panjang.

“Justeru, pelaburan dalam sektor strategik yang terjejas teruk seperti pelancongan boleh membantu merangsang aktiviti sektor berkenaan dan mengelakkan sesetengah perniagaan gulung tikar.

“Bayangkan jika tiap-tiap pengunjung membelanjakan hanya RM1,000 setiap orang. Ini bermakna, kerugian perbelanjaan di dalam pelbagai rantaian ekonomi menurun lebih RM300 juta sebulan,” katanya di Facebook.

Sehubungan itu, kata Salleh, melalui pelaburan GLC, ia mampu meminimumkan impak dahsyat Covid-19 dan kelembapan ekonomi semasa selain berupaya membantu meningkatkan perbelanjaan dan permintaan dalam ekonomi.

“Apabila pandemik melanda dunia, jumlah pelaburan langsung asing yang memasuki negara mencatatkan penurunan yang sangat tinggi.

“Sebagai contoh, pada tahun 2020 sahaja, jumlah pelaburan langsung asing (FDI) yang memasuki Malaysia dilaporkan telah turun melebihi 50% dari tahun sebelumnya,” katanya. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top