Giliran PN beri kata dua kepada SAPP

dr-ronald-kiandee.jpg

Datuk Seri Ronald Kiandee (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini Perikatan Nasional (PN) pula tampil meminta Parti Maju Sabah (SAPP) supaya segera menyatakan pendirian sama ada mahu bersama GRS atau kekal bersama PN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Portal berita FMT memetik Ketua PN Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebagai berkata sudah tiba masanya untuk SAPP berhenti menjadi amfibia politik.

Beliau berkata SAPP yang diketuai Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee secara rasminya masih berada dalam gabungan terbabit walaupun pada masa sama mereka turut menganggotai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Mereka harus tentukan kedudukan sebenar mereka,” kata Kiandee kepada FMT.

Sabtu lalu, Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menggesa SAPP memilih antara dua gabungan terbabit dengan mengatakan bahawa parti itu tidak boleh berada dalam kedua-duanya serentak.

SAPP menyertai PN pada Ogos 2020, beberapa bulan selepas gabungan itu dibentuk secara rasmi oleh PAS dan Bersatu.

Bagaimanapun Yong menolak desakan itu sambil menjelaskan perkara itu sedang ditangani dengan baik untuk mencapai kesimpulan inklusif pada masa betul.

Kiandee yang juga Naib Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Beluran turut membidas SAPP kerana sering mengeluarkan kenyataan bertentangan pendirian PN, termasuk gesaan supaya komponen itu tidak bertanding PRN Sabah.

“Bersatu walaupun bukan parti tempatan, lebih bermaruah dari amfibia politik yang hidup dalam dua alam.

“PN akan bertanding di Sabah menggunakan logo PN dan SAPP tidak boleh menghalangnya,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top