‘Gigolo’ tempatan ditahan rakam dan jual puluhan klip video seks bersama 20 wanita

gigolo.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Polis membongkar kes jenayah seksual yang pertama seumpamanya di negara ini apabila menahan seorang ‘gigolo’ tempatan kerana merakam dan menjual puluhan klip video aksi lucah beliau bersama lebih 20 wanita, termasuk mereka yang mengupahnya untuk khidmat seks.

Siasatan polis mendapati klip video berkenaan dilanggan oleh lebih 2,600 warga tempatan yang membayar antara RM20 dan RM100 sebulan sebagai yuran untuk menontonnya dalam talian.

“Semua pelanggan aplikasi itu adalah daripada golongan lelaki gersang dan wanita kesunyian yang memiliki kerjaya dalam bidang profesional seperti doktor, usahawan dan sektor korporat,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Suspek berusia 31 tahun menjual video itu di media sosial sejak Julai lalu sebelum dicekup di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, pada jam 2.30 petang semalam.

Dalam serbuan sama polis menahan dua teman wanita suspek, masing-masing berusia 23 dan 27 tahun, yang turut terlibat dalam aksi seks video yang dijual kepada orang ramai.

Bapa suspek terbabit antara yang turut menginap rumah itu.

Datuk Seri Mohd Shuhaily berkata suspek lelaki itu dikesan melalui maklumat dan hasil risikan JSJ Bukit Aman.

 

Berita penuh di: Buletin TV3

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top