GFNY Kota Kinabalu lakar nama Sabah di pentas antarabangsa

GFNY.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bandar raya ini akan menjadi lokasi berlangsungnya acara marathon berbasikal Gran Fondo New York (GFNY), dan dengan itu menjadi lokasi kedua di negara ini – selepas Kuala Lumpur – yang dipilih sebagai venue acara berprestij itu.

Gran Fondo New York (GFNY) Kota Kinabalu akan berlangsung pada 10 Disember ini dengan menawarkan pelbagai hadiah yang hebat dan menarik.

GFNY akan menampil dua kategori ialah 135.3 km dan 69.3 km. Bagi GFNY Kota Kinabalu perlumbaan akan bermula dan berakhir di kompleks Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Acara yang disertai pelumba-pelumba profesional ini dijangka akan turut menarik kehadiran peminat-peminat sukan berbasikal dari seluruh dunia.

Ia suka secara langsung akan menyumbang kepada sektor pelancongan di wilayah ini dan melakarkan nama Sabah di pentas sukan antarabangsa.

Kepada yang berminat untuk menyertai marathon ini atau mendapat maklumat lanjut mengenainya sila layari: kotakinabalu.gfny.com ataupun kk.gfny.com.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top