Gesaan Jemput Parti-parti Pembangkang Lain Sertai PH

maria-chin-hanna-yeoh.jpg
Kongsi Bersama

Wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) menggesa gabungan tersebut secara rasmi menjemput parti pembangkang lain untuk menyertainya.

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh; Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah dan Ketua Wanita Amanah Raj Munni @ Aiman Athirah Sabu dalam kenyataan berkata, jumlah sokongan 105 Ahli Parlimen pembangkang yang dibuktikan ketika mencalonkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, walaupun tidak mencukupi untuk menjadikannya perdana menteri, perlu dikekalkan dan diperkemas dalam bentuk persefahaman lebih formal menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Mereka berkata, langkah itu juga amat bertepatan dengan hasrat dan pendirian yang dinyatakan PH untuk membina kerjasama dalam kalangan parti pembangkang mengikut kerangka “khemah besar”.

“Kebersamaan ini perlu diikat kemas supaya sokongan padu dan kekuatan angka 105 ini dapat menyakinkan rakyat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bahawa PH merupakan pilihan paling tepat untuk memimpin Malaysia,” kata mereka.

Parti yang menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Warisan, MUDA, Pejuang, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB). – FMT


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top