Geran Tanah: Hasil Usaha BN, Bukannya Warisan – Musa

musa-aman-1.jpg
Kongsi Bersama

NABAWAN: Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Haji Aman membidas tindakan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang menuduh kerajaan pimpinannya semasa menjadi Ketua Menteri tidak memberi geran tanah kepada rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, sepatutnya kerajaan Warisan pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak memperbesar-besarkan soal pemberian geran tanah adalah usaha mereka.

Ini kerana katanya, usaha pemberian geran tanah kepada rakyat adalah usaha yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa beliau memegang jawatan sebagai Ketua Menteri.

“Semasa saya jadi Ketua Menteri saya bersama barisan kabinet merancang dan memutuskan memberi geran komunal kepada rakyat bertujuan melindungi tanah berkenaan supaya tidak boleh dijual dan dimiliki oleh orang luar.

“Bukan saya yang ambil tanah tetapi saya agih-agihkan kepada rakyat melalui geran komunal (berkelompok) yang boleh diwarisi oleh anak-anak mereka, bukan saya ambil tanah seperti yang dituduh oleh Shafie,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perjumpaan calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin di Kampung Bahagia B, di sini kelmarin.

Musa yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, selain pemberian geran komunal, beliau juga memperkenalkan geran pantas.

“Bagi kos pengukuran saya telah memohon peruntukan kepada Kerajaan Pusat yang mencecah jutaan ringgit, inilah usaha saya, bukan usaha Shafie, saya perlu jelaskan ini supaya rakyat tidak termakan dengan tipu helah Warisan,” katanya.

Hadir sama pada perjumpaan itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Nabawan, Datuk Bobbey Suan dan pemimpin-pemimpin parti dalam Gabungan Rakyat Sabah.

 

Foto: FB Tan Sri Musa Aman

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top