Geran Khas: Sabah, Sarawak Dijangka Dapat Tawaran Lebih Baik

Maximus-Ongkili-bernama-170219-1-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah dan Sarawak dijangka bakal menerima tawaran lebih baik berkaitan tuntutan Geran Khas mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, kata Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu bagaimanapun berkata, perkara berkaitan tuntutan Geran Khas berkenaan masih dalam perbincangan melalui Jawatankuasa Konsultasi Bersama (JCC) yang dipengerusikan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Beliau (Zafrul) dijangka bakal mengadakan pertemuan dalam masa terdekat ini bagi membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.

“Semakan ke atas kewangan serta geran tahunan mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan dan pemulangan 40% pendapatan, dan hasil dikutip daripada Sabah sudah diselesaikan sewaktu pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu tetapi kerajaan negeri masih menolak tawaran terbabit,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Menurutnya, formula PH tidak menerangkan bagaimana mereka mendapatkan jumlah itu, seterusnya menyebabkan kerajaan negeri yang memerintah ketika ini menolak tawaran berkenaan.

Malah, katanya Sarawak juga menolak formula berkenaan atas alasan sama. Katanya, Sabah dan Sarawak mahu mengetahui cara formula itu diperolehi, serta bukti jelas sama ada jumlah diterima adalah yang sepatutnya dibayar.

Mengulas lanjut, Maximus menjelaskan kedua-dua negeri itu mahukan suatu formula yang jelas, telus dan selari dengan apa yang sewajarnya dibayar mengikut Perlembagaan Persekutuan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top