Geran khas Sabah: Ahli Parlimen Tuaran beri ‘amaran’

madius.jpg

DSP Madius (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Wakil rakyat Sabah akan pertimbang memfailkan semula kes untuk memaksa kerajaan persekutuan membayar 40% daripada hasil bersih sebelum Julai tahun depan sekiranya Putrajaya gagal memenuhi janji, kata Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (PH-Tuaran).

“Saya perlu ingatkan kita tarik balik saman terhadap kerajaan persekutuan kerana harapan Julai (2024) selesai, kalau tidak kita akan fail balik.

“Kami ada sebab, hak untuk ‘refile’,” kata Tangau, susulan ucapan penggulungan oleh Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas Datuk Armizan Ali.

Armizan berkata Sabah perlu ingat mengenai Perkara 112C dan 112D(ii) Perlembagaan yang menyatakan “…apa-apa kajian semula (geran khas)…hendaklah mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan persekutuan serta juga keperluan bagi negeri-negeri atau negeri yang berkenaan itu…”

Beliau berkata, geran khas RM300 juta diperuntukkan untuk Sabah itu sekadar penyelesaian sementara, dan formula tetap masih perlu dipersetujui kerajaan negeri dan persekutuan.

Tahun lalu, 12 Ahli Parlimen memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi supaya Sabah dibayar geran bersamaan 40% hasil persekutuan dari negeri itu.

Peguam mereka, Nelson Angang, memetik Perkara 112C dan Seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual 10 Perlembagaan dalam tuntutan itu.

Dua belas Ahli Parlimen itu adalah Datuk Christina Liew, Datuk Ewon Benedick, Datuk Frankie Poon, Tangau, Awang Hussaini Sahari, Datuk Chan Foong Hin, Datuk Phoong Jin Zhe, Jannie Lasimbang, Peto Galim, Tan Lee Fatt, Vivian Wong, dan Noorita Sual.

Pada 20 September, Pakatan Harapan Sabah menarik balik saman itu susulan kemajuan dalam rundingan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963, dan jaminan diberikan kerajaan persekutuan. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top