Gerai Buah-buahan Layan Diri Di Sabah Tarik Perhatian Warga Net

gerai-buah-sabah.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Sebuah gerai menjual buah-buahan di Sabah menarik perhatian pengguna media sosial apabila tiada individu yang menjaganya dan urusan jual beli adalah secara layan diri.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi Tiktok baru-baru ini, pengguna dengan nama @Jeanny memuat naik video memaparkan dia membeli sebiji cempedak di gerai berkenaan secara layan diri.

Harga setiap buah-buahan seperti cempedak, nenas dan kelapa yang dijual di gerai tersebut telah ditampal oleh peniaga sebagai rujukan pembeli dan pemilik gerai turut menyediakan peti untuk pembeli memasukkan wang jika ingin membuat bayaran.

“Murah sahaja, RM10, sudah tu besar lagi. Terus beli, tapi jangan lupa bayar ya, ada peti sana tempat masuk duit,” katanya menerusi kapsyen di video berkenaan.

Perkongsian tersebut telah menerima lebih 11,000 tanda suka daripada pengguna Tiktok dan lebih 700 komen yang rata-ratanya mengagumi kepercayaan peniaga serta kejujuran pelanggan di Negeri Di Bawah Bayu itu.

“Ini mengajar kita erti kejujuran bukan saja pada diri sendiri tapi juga pada orang lain,” kata Ramadhan Ramadhan.

Menurut @Suha, gerai sebegitu adalah sesuatu yang baru buatnya jadi dia mungkin akan menunggu sehingga peniaga tiba jika tidak dimaklumkan tentang konsep tersebut.

“Ni kalau orang yang tidak tahu macam saya mungkin akan tunggu peniaga tu sampai dia datang, kalau tidak sampai juga mungkin balik dengan kecewa,” katanya.

“Bukan tiada yang menjaga, cuma tidak dapat dilihat oleh mata kasar,” sakat pengguna dengan nama @peachy. – K! ONLINE


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top