KOTA KINABALU: Ahli perniagaan Datuk George Guntarik dilantik sebagai Ketua Penyelaras Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) kawasan DUN Inanam berkuatkuasa serta merta.
George, 58, menerima watikah pelantikan dan restu daripada presiden KDM Datuk Peter Anthony pada satu majlis ringkas di sini semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Presiden KDM Gundohing Henry Saimpon, Setiausaha Agung Willie Jude dan Naib Presiden Dr Oswald Aisat.
“Saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk memantapkan kekuatan KDM di DUN Inanam, termasuk memperkemaskan lagi jentera pilihan raya KDM,” katanya.
Sebelum ini, presiden KDM berkata parti itu hampir pasti meletakkan di kesemua kawasan majoriti pengundi KDM atau kawasan campuran.
Antara pemimpin KDM yang disebut-sebut bakal diketengahkan sebagai calon KDM untuk DUN Inanam ialah George dan Willie. – Jesselton Times