Gencatan Politik Tumpuan Sidang Parlimen Hari Ini

parlimen.jpg
Kongsi Bersama

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada hari ini bakal menyaksikan beberapa isu penting akan dibentangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Persidangan pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu dijadual menumpukan isu pemulihan negara susulan penularan pandemik COVID-19 serta pakej-pakej bantuan yang disediakan untuk kelangsungan hidup rakyat.

Namun, lebih menarik perhatian tentunya memorandum persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan.

MoU itu adalah demi mengembalikan kestabilan politik negara demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara melalui pedekatan kerjasama secara “dwipartisan“.

Mesyuarat 17 hari selepas suhu politik kembali reda dengan penubuhan kerajaan baharu di bawah pimpinan Ismail Sabri itu juga bakal menyaksikan pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan.

Persidangan akan berlangsung sehingga 12 Oktober ini.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top