Gempa bumi lemah di Sabah, hujan berterusan di Utara

gempa.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.6 skala richter berlaku di perairan Sabah Timur pada 2.38 petang, semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, pusat gempa bumi itu terletak 7.0 darjah utara dan 117.8 darjah timur dengan kedalaman 67 kilometer (km).

Menurutnya, ia dengan jarak 331 km selatan dari Palawan, Filipina dan 81km timur laut Pitas, Sabah.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dan METMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi, pada Selasa.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan METMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang bagi tempoh dua hari bermula hari ini hingga esok.

“Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top