Gempa 6.6 landa Mindanao, gegaran dirasai di Sabah, Labuan

gempa.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.6 magnitud melanda Mindanao, Filipina pada 10.13 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa berpusat di koordinat 6.1 darjah utara dan 123.3 darjah timur itu berlaku pada kedalaman 632km.

Pusat gempa terletak kira-kira 154km tenggara dari Isabela City, Filipina.

“Gegaran turut dirasai di sekitar Sabah dan Labuan. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan bagi Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Meteorologi Malaysia di talian +60379678066 atau melayari https://www.met.gov.my untuk maklumat lanjut. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top