Gelombang Omicron Telah Bermula Di Malaysia, Kata KJ

KJ.jpg

PUTRAJAYA, 5 Julai -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (kiri) bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin (kanan) pada sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di ibu pejabat Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Gelombang varian Omicron telah bermula di Malaysia dan dijangka meningkatkan kes jangkitan COVID-19 di negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata keadaan itu bagaimanapun mampu dikawal dengan kadar vaksinasi yang tinggi.

“Sistem kesihatan sudah bersiap siaga. Kes serius semakin kurang. Sama-Sama kita mengatasi gelombang ini,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di laman Facebook memaklumkan kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan turut meliputi pelaksanaan langkah-langkah kesihatan awam dan liputan ujian kendiri berkala.

“… diharapkan (langkah ini) dapat mengurangkan keparahan kes dan kemasukan ke hospital. Kes akan meningkat dan kita bersama dapat mengurangkan kesan peningkatan serta keparahan jangkitan terutama kepada golongan rentan,” katanya.

 

— BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top