Gelaran ‘Premier’: Isi Kandungan MA63 Lebih Penting, Kata Azis

azis-jamman-t.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Ketua Wira Parti Warisan (Warisan), Datuk Mohd Azis Jamman, berkata Sarawak berhak menukar gelaran “Ketua Menteri” kepada “Premier” bagi jawatan ketua eksekutif, namun Sabah tidak perlu berbuat perkara sama semata-mata untuk menukar nama jawatan berkenaan.

FMT melaporkan Azis yang juga bekas timbalan menteri dalam negeri itu berkata, “Ini hanyalah perubahan kosmetik. Perkara yang lebih penting adalah isi kandungan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Itulah yang kita perjuangkan dan itulah yang ditunggu-tunggu oleh Sabah dan Sarawak.”

Kata beliau, rakyat Sabah masih memperjuangkan ketidaksamaan pengagihan kekayaan dan kurangnya pembangunan, walaupun statusnya telah bertukar daripada “negeri” kepada “wilayah”.

“Apa yang kami mahu adalah semua hak negeri kami dikembalikan dan apa yang terhutang dibayar,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top